I love heels.Do you?
03:09:00Sebab memang tau diri ni tak berapa nak tinggi, plus memang daripada dulu, if pakai baju outing budak-budak Maktab Rendah Sakit Mental, baju kurung outing with heels adalah besttt.
Ok. Mungkin kat Gerik tak buat macam tu. Masa tu innocent. So, flat shoes adalah rakin terbaik. Warna pink cream untuk match dengan warna baju. Hhahaha.. Alasan. Walhal memang suka warna tu. And bila kat Jasin, bila kena buat PKP with the 2 cool guys, and gua harus berjiwa rock. Konon. Jepp and Yusry. Korang jiwa rock kan? He..
As both of them adalah tinggi, maka heels adalah benda terbaik untuk dipakai. Nanti dalam gambar nampak semua satu level. Tak ada 2 gunung dan 1 bukit. 3-3 haruslah gunung.
I dont know about you guys, but then I can run easily with heels. Pakai baju kurung pun boleh. No problem. The rules is, it's must be a very comfortable heels. If jalan 2-3 steps pun kita dah terasa macam.. Cesss. Oh, heels tu memang bukan untuk berjalan. Apatah lagi berlari.
Yang paling penting, it's looks good on you. If beli kasut, bila pakai, diri sendiri terasa macam kaki itik, baik tak payah beli. Buat sakit hati. Kita perlu utamakan soal hati bila masuk bab pilih kasut. Jangan jadi macam Mek. Pantang nampak kasut, nak beli. Lepas tu bising-bising. Nasib baik En Mek kat Jepun. Kalau kat area Cheras tu, confirm dah lama mamat tu lari. Dengar tu Mek?
When I was pregnant pun, I pakai heels. If bosan, selipar pink tu. Sampai hitam-hitam selipar tu I kerjakan. Beli barang haruslah guna sampai lenjun. Kalau buat pekasam, baik tak payah beli.
Dah deliver pun, still wearing heels. Till one day.. Masa tu my mak abah nak send me to the airport. My abah dah masuk dalam kereta. Then my mak carry the kecik. I baru nak sarung kasut. Tiba-tiba my mak cakap..
: Yang pakai kasut tumit tinggi tu bakpo? Doh la bowok anok
Bakpo - kenapa
Doh - Dah
Bowok - bukan biawak tapi bawa
Kitaorg, orang Besut memang suka translate all the 'A' to 'O'.
As my mak abah sent me to the airport. My mak tak ikut sekali. So, memang am the one who carry the kecik from the plane to terminal. Dengan barang and troli lagi. Tu yang bising tu..
Tapi my anak teruna kan bijak dan cemerlang dan memahami keadaan.
My bag from the cabin, ada mamat handsome dan baik hati tolong angkat dan tolong cari troli. Terima kasih di situ. If dia tak tolong pun, I suruh budak MAS tu tolong angkat. Bayar mahal-mahal, sila tolong orang yang memerlukan ni.
Dah dapat troli, letak the kecik dalam bakul kecil tu. Senang. Lepas tu tolak sampai depan terminal. See.. Siapa kata pakai heels tak boleh bawa anak. Ok je. Tak ada masalah.
Tapi lepas tu, menuju jugalah kaki ni ke Clarks. Cari flat shoes. And that's how I've been wearing flat shoes for almost 3 years.
And now, gua bosan (konon. walhal dah komplot dengan kekasih gelap untuk beli new flat).
Tak apa. We start with this.

Jangan tengok lama-lama tahi lalat tu. Hampeh punya lalat. When I've told my sayang..
: Yang.. Tengok ni. Tahi lalat kat kaki kiri. Kurang asam punya lalat.
: Tu la. Siapa suruh pergi tempat tak elok lagi.
: Eh. Bila masa pula? Tu. Tengok. Kaki sayang lagi la.. Kiri kanan ada tahi lalat. Kata tak suka merayap. Tapi 2-2 belah kaki ada tahi lalat.
: Ni sebab sayang la. Orang dulu mana ada tahi lalat ni. Sayang la suka paksa-paksa orang merayap.
Cesss.
I balik yang kenaaa.
Eh.. Tapi apa makna tahi lalat kat kaki kiri? Anyone knows?
Lepas tu kaki Cik Bon sibuk nak menempek

Crocs kesayangan. Dah hitam-legam macam tu pun still nak pakai. Sanggup tu merajuk-rajuk sebab I've refused to let him wear this shoes. Tak padan dengan umur. If merajuk.. Nanti pergi kat hall, duduk dekat sofa. Muncung-muncung. Stare at one place dengan mata sayu. Ingat mommy nak pujuk la tu? Hu.. Ok. Memang pujuk pun. Nanti I dah start dukung, mesti sebiji dua air mata keluar. Drama memang lebih budak seorang ni. Tolonglah. Bakal menantu. Tolonglah buat-buat fahami perangai manja terlebih budak bertuah seorang ni.
I dont buy that heels. Dah try, (more than 10times actually), angkat letak angkat letak, then terus letak. Yang strap belakang tu, sakit la. Menyucuk belakang kaki. Baik tak payah pakai kasut.
So, now, misi adalah mencari kasut. Kasut untuk diri sendiri. Asyik beli kasut 2 lelaki ni je. Bosan I.
Bosan bosan pun, kejap lagi mesti I pergi tambahkan lagi koleksi their shoes. Bukan boleh percaya. Hee..
4 comments