Cik Esah's birthday
04:10:00Also the mamat who kasi tumpang kereta for all my food stock during Jasin. Ye. En Farid.
Happy Birthday!
To Cik Esah..
Oh. Ang. Tua dah. Sila makin kurus. Macam kuih apam dah haa aku tengok pipi mung. Hahaha..
I dont have any present for her. Yet. If ada pun nak bagi, maybe I shall give her angsa. Ang.. Mung nak angsa? Bela la seekor. Letak belakang rumah mung tu.
Cik Esah memang takut angsa. Sebab dulu pernah kena kerja dengan angsa jiran. Hhahaa.. Kelakar. Angsa pun takut ke Ang?
Sampai sekarang kot Cik Esah takut dengan angsa. Pantang nampak angsa mesti kenangan lama muncul kembali. Lepas tu demand dengan my mak. Tak nak dah balik sekolah dengan bas. Nak suruh mak ambil kat sekolah.
Takut angsa konon. Walhal tak nak naik bas. Tapi boleh pula mung gi jalan gi KB dengan Kak Huda naik bas kan? Kan?
Siap tipu I bila nampak I nak ikut.
: Ang.. Nak ikutttttttt
: Eh. Nak gi library la.
: Tak apalah. Nak ikuttt
: Dok leh (tak boleh). Nak gi part orang tua. Budok dok leh masuk (kids not allowed).
Kat library depan rumah ada part-part yang untuk certain umur je boleh masuk. Yang kat bahagian atas, only certain ages boleh naik. Yang budak-budak, sila duduk kat part belakang sekali. Yang ada kerusi hitam kelabu, yang besi and boleh pusing-pusing.
Kejam sungguh. Ilmu pun ada batasan ke? Cess.
And the truth.
Cik Esah and Kak Huda pergi KB. Naik bas. I rasa. Or gi Jertih. Sebab petang tu, kantoi, ternampak buku yang Cik Esah bawa, konon nak gi library, tapi letak kat celah pagar Ayah Wa. Cessssssss!
Kak Huda and Cik Esah ada some 'S' language ke apa. Tak ingat letter apa. Tapi at my age, I know nothing about that. Terasa diri diperkotak-katikkan bila Cik Esah and Kak Huda buat mesyuarat beranda petang-petang, bincang nak gi merendek in their own language. I pula gelak-gelak. Macam faham. Walhal Cik Esah duk cakap..
: Tak apa. Kita tinggal je dia. Padan muka dia. Makan pun bersuap lagi.
In their language of course. Huh.
Anyway..
Happy Birthday!
Have a nice one. Tapi mung ni banyak sangat excuses. Malas aku nak layan. Still, you're my Cik Esah. Ikut suka mung la Ang.
And please, tolonglah kurus. Aku nak Cik Esah hok slim. Hhahaah.. Sebab, if you're not watching your weight, nanti I juga yang susah. Ye la. Nanti nak kutuk, nak kutuk siapa dah? Tak ada geng tu beb.. Gua ada kakak seorang je. Adik perempuan mana ada. Bongsu ni. Apa barang adik-adik. Hhahaa.. Adik ipar or kakak ipar tak termasuk. Itu lain cerita. Blood related. Ada faham?
So, sila jaga kesihatan.
And I'll have someone to kutuk for.

Cake birthday anak orang lain. Tapi aci la ye Ang? Nanti I bawa the kecik gi beli kek. Tapi, anak teruna la makan.
3 comments