Father's Day and The Birthday
11:41:00Happy Father's Day to all the fathers!
Hope in next few hours I can spent a bit time to write a proper entry for my abah. And someone, yes, you, please, pass them to abah. I know. I know. Den check visitors hari-hari.
Since Father's Day jatuh bersamaan dengan birthday Mommy The Kecik which is me, oleh itu, mari kita baca doa sikit.
Okay, everyone.
Read this out loud.
Ya Allah Ya Tuhanku!
Semoga Mommy The Kecik aka Budak Bertuah dipanjangkan umur diberikan kesihatan yang baik dimurahkan rezeki dunia akhirat, harta benda, budi pekerti, wang ringgit, diberikan kebahagiaan dunia akhirat, semoga lebih tabah menjaga the kecik and the father, dan always be there for them for dunia and akhirat and they'll be there for Mommy The Kecik too. Untuk susah senang bersama. Semoga kasih sayang cinta antara Mommy The Kecik dan suami sentiasa mekar dan dilimpahi kasih yang berterusan dan sentiasa hidup dalam kebahagiaan bersama anak teruna. Semoga keluarga Mommy The Kecik sentiasa dilimpahi segala kebaikan, kasih sayang, rezeki melimpah ruah samada di dunia mahupun di akhirat. Diberikan keberkatan hidup yang tak ternilai dan masih mengekalkan what they have for today and keep remains the same and getting better in mencari keberkatan Allah.
Dan semoga Mommy The Kecik lebih rajin memasak, menjadi driver kepada The Kecik, rajin kemas rumah, rajin layan kucing-kucing jiran, dan kami berdoa agar pintu rezeki sentiasa terbuka untuk Mommy The Kecik sekeluarga dan jua kepada kami,rakan-rakan taulan mereka. Lindungilah kami dan Mommy The Kecik sekeluarga daripada segala anasir yang bakal membawa kepada kemusnahan dan dekatkanlah segala kebaikan dan kemewahan, kepada kami dan kami memohon agar pintu hati Mommy The Kecik sekeluarga dan kami semua semakin menuju ke arah jalan dekat dengan-Mu, Ya Allah! Semoga kita semua diberkati oleh-Nya.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sekiranya Mommy The Kecik dan keluarga serta kami jatuh dan tewas dengan dugaan dunia, kuatkanlah semangat kami semua. Dan bangkitkanlah kami semua dengan lebih baik dan cekal daripada hari semalam agar kami semua boleh terus berbakti kepada keluarga dan rakan taulan kami dan tetapkan iman kami agar lebih dekat kepada-Mu, Ya Allah! Sesungguhnya kepada-Mu kami mampu berdoa dan berserah. Bukakanlah segala pintu kebaikan dan dekatkanlah kami kearahnya dan jauhilah kami daripada segala pintu kemungkaran.
Amin.

6 comments