Makna tahi lalat pada cuping telinga kiri? Degil? Gulp!

15:23:00

Tajuk extra panjang.

So, I dah siap google semua. Oleh itu, semua, marilah beramai-ramai check tahi lalat masing-masing.

Anak teruna (who else), masa I was dodoi-ing him for nap, I ternampak kat cuping telinga kiri budak bertuah tu..

: Ehh.. Sejak bila ada tahi lalat kat sini?

And I was likee.. Oh!!! Adakah bermaksud budak bertuah ni nanti jadi degil? Lepas tu terus google. Mommies zaman sekarang. Semua google. Nak masak lemak cili padi? Google! Nak kait baju? Google! Nak beli baju anak? Google!

Masa tengah google-ing tu, I dah macam.. If betul la maksudnya degil (sebab ada tahi lalat kat telinga), nanti I nak korek-korek tahi lalat tu bagi tertanggal. Biar tanggal kulit sikit. Hehehe. Sounds kejam kan? Tak apa. Asal anak dengar cakap. (I know, some stupid things in parenthood, huh).

Ye la. If kita ada tahi lalat here and there, mesti orang tu cakap, oohh.. Ini macam ini. Ini macam itu. I ada tahi lalat kat kaki kiri. And being me, am assumed tu sebab memang kaki berjalan kot. Hari-hari nak pergi kedai. Tu yang sampai ada tahi lalat. Rupa-rupanyaaaaa.. Haa.. Baca sendiri ye!

And now, sila kelebet (selak-selak) tahi lalat sendiri (orang sebelah pun bolehhh)

Bibir atas kanan banyak rezeki, pandai

Bibir atas kiri ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan disegani orang, ramai yg suka

Bibir bawah kiri pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah tercapai cita-cita

Biji mata kanan suka serong dan pembohong

Biji mata kiri pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri baik budi, murah rezeki

Punggung kanan agak mengalami kesulitan

Punggung kiri malas dan suka duduk

Betis kanan suka berhibur, boros

Betis kiri rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutut kiri kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang jujur, sabar dan tekun

Kening kanan cerdas dan cekap

Kening kiri cerdas, sopan santun

Tengah kening keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri suka berpoya-poya

Ketiak kanan dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri kehendak kuat

Batang hidung banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung banyak rezeki

Dagu bawah kanan jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri bijaksana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki) bakal beristeri 2

Tumit kanan jujur dan banyak kawan

Tumit kiri baik budi

Alis kanan suka menolong, baik hati

Alis kiri ramai yang suka

Pangkal peha kanan kemahuan kuat

Pangkal peha kiri suka kerja apa pun

Jari kaki kanan suka menolong

Jari kaki kiri berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan setia dan taat pada atasan

Lengan kiri menepati janji dan rajin

Pipi kanan ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan ramai yg suka

Tengah-tengah pipi kiri ramai teman

Ubun-ubun kurang jujur

Pusat cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri beroleh kemuliaan

Pinggang kanan sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri disayangi pasangan hidup

Dada kanan dapat mengatasi masalah

Dada kiri berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri baik budi pekertinya

Siku tangan kanan kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas baik budi, ramai yg suka

Kelopak mata kanan bawah agak malas

Kelopak mata kiri bawah agak bodoh, kurang bijaksana

Telinga kanan keras dan murah hati

Dan maksud tahi lalat kat telinga budak bertuah (the only tahi lalat so far)

Telinga kiri
Pandai dan jujur

Ini hasil google ye. If budak bertuah buat ala-ala tak dengar sikit, I terus korek bagi tanggal kulit telinga tu. Hahahaaha!

Sesiapa yang ada tahi lalat kat perut tu, jangan risau. Itu bukan bermakna perut anda akan berlipat-lipat macam spare tyres lori treler 18kaki panjang.

If ada yang tak berapa nak elok tu, such as macam boros, buat-buatlah simpan duit. If degil, buat-buatlah dengar cakap. If buat-buat pun, lama-lama jadi yang betul juga.

Ada orang cakap..
Ahhh! Buat apa nak baik dah. Dulu dah baik tapi orang lain tak berubah. Sekarang dah malas nak buat baik.

Duhh!
Mana lagi elok? Buat baik untuk selamanya or join orang yang tak nak berubah tu? Kononnya nak bagi orang tu berubah? Kononnya orang tu memang teruk sangat. I bet that person too bad sampai orang yang baik ni terus terjerumus join the gang. Tepuk dada tanya tahi lalat.. Eh.. Tanya hati.

Lepas ni I nak google makna tersurat dan tersirat disebalik stretch marks and c-sect scar.

Eh.. Tak payah.
Itu maknanya jangan nak mimpi pakai bikini two pieces dah.

Sekian, terima kasih!
Selamat Malam Malaysia!

You Might Also Like

2 comments

recent posts

Subscribe