Kadang-kadang para suami terlupa..

03:54:00

Bahawasanya ibu bapa para isteri mereka adalah ibu bapa mereka jua..

Sering kali para isteri diingatkan, ibu bapa suami adalah ibu bapa isteri jua. Dan seakan-akan kita terlupa, untuk mengingatkan sang suami perkara yang sama.

Adat perkahwinan.
Mahu atau tidak, telan itu wajib. Telan apa, tak perlulah ditanya. Yang pasti, mestilah pahit. Kalau tak pahit, manis macam J.Co, itu tak perlu dipaksa. Sendiri telan dengan senyuman manis di bibir. Makanannya manis, senyumannya jua manis, nasib baik tak kena kencing manis.

When I was married to my husband, satu pesan Abah,

: Call mak selalu.

Abah tahu bahawa saat ijabkabul itu dilakukan, sang anak perempuan bukan kini bawah tanggunggannya. Yang hanya dapat dipastikannya menantu lelaki (anak lelaki 'baru'), sentiasa menjaga anak perempuannya seperti sang bapa menjaga dari lahir hingga kini.

And one of my favourite things to say to my husband..

: Orang nak buat baik dengan siapa lagi kalau bukan dengan sayang.

It's true indeed, kan?
For ladies, lepas ijabkabul, suami adalah priority. Parents. Inlaws. Para isteri sering diingatkan, my parents is your parents too (ini selalu terjadi bila dah musim raya, berebut nak balik rumah siapa). Dan selalunya, menjadi isteri, mengalah atau buat masam-still-balik-ke-rumah-satu-lagi itu memang selalu kita tengok.

Cuma satu yang.. How shall I put this.. Okay, so I'm come across with this situation. Not my situation. Situasi orang lain tapi am as outsider (tak adalah outsider sangat pun), looking at this scenario, make me wonder.. I bet all of you too.

Bila keluarga suami sakit, senang, pergi berjalan, dan suami berkata kepada isteri,

: Nanti kita balik rumah I ye. My parents tak sihat sangat.
Dah sakit, balik tengok la kan?

: Nanti kita ikut parents I holiday ye.
Dah holiday, ikut je la.

: Nanti raya rumah I ye. Rumah parents I kan rumah parents you juga.
Ye la. Ada yang tabah ada yang masam muka, tapi still menapak ke sana.

: Nanti kita pergi makan-makan dengan keluarga I.
Ye.

And lots of other thing with keluarga sang suami. Menjadi isteri, berkata 'Ya' adalah salah satu perkataan wajib dalam Manual Perkahwinan. Masam muka pun, ikutkan jua. Alasan utama, he's the husband. Isteri ikut kata suami. Agar nanti suatu hari nanti dengan harapan, anak lelaki kita sendiri akan mengikut kata kita (para ibu) walaupun sudah berkahwin.

And the tricks begin..

Bila keluarga isteri pula sakit, senang, nak pergi berjalan, isteri akan bertanya kepada suami. Tanya. Bukan ayat penyata.

: Parents I sakitlah. Boleh tak I balik jenguk?

: Family I ajak kita pergi makan-makan. Kita nak ikut ke tak?

: There's an accident. Can we go home and visit my family?

: Parents I ajak kita pergi holiday. Tapi I cakap I nak tanya you dulu. So, you rasa nak pergi ke tak?

How ironic. Ayat penyata dihadapan setiap soalan isteri. Dan soalan dihujungnya manakala sang suami hanyalah menuturkan ayat penyata sahaja dan jawapan ya (mostly) akan dituturkan oleh isteri.

Dan menjadi suami, bila isteri dah kata macam tu, haruslah dibalas dengan 'Ya' juga kan? Dah pun kata, keluarga kita adalah keluarga isteri dan sekarang, pay back time la kan? Keluarga isteri keluarga suami jua.

Bila sang isteri pulang ke kampung melihat keluarga yang sakit, dan hati terasa luluh. Selama ini dirinya jauh daripada keluarga. Di perantauan orang. Yang mengubat duka dan lara serta kerinduaan terhadap own parents (yang melahirkan dan membesarkan) adalah dengan menumpang kasih other parents/inlaw (ibu bapa baru selepas bernikah).

Setelah lama tidak menjenguk ke kampung halaman, sedangkan keluarga yang baru, hampir setiap minggu dijenguk, hati isteri meronta-ronta untuk tinggal di kampung dengan lebih lama. Lagi-lagi keluarganya sakit. Dulu, sang suami berkata, keluarga suami adalah keluarganya. Namun sekarang, kenapa suami, suaminya langsung tidak berkata, keluarga isteri pun kelurga suami juga?

Few days trip to home, should be extended. Tapi satu lagi trick muncul. Tika pulang ke kampung halaman untuk melawat keluarga yang sakit, the inlaws juga mengikut sama. Katanya nak melihat keluarga sana yang di timpa musibah itu. Dah orang nak ikut, nak melawat orang sakit, takkan lah nak marah? Lagipun niat baik.

Bila cuti ke kampung selama beberapa hari ingin dilanjutkan kepada minggu, satu benda kurang menyenangkan timbul.

Isteri ingin tinggal lebih lama. Dah la keluarga ada kemalangan, lama pula sudah tak berjumpa. Kerinduan itu memuncak. And all that she knew, she wants to be there with her family. Masa susah dan senang. Dah tentu-tentulah bukan selalu boleh bertemu empat mata dengan ibu bapa sendiri, kini, keluarganya dirundum malang, perkara yang boleh dilakukannya adalah being there. With them. And all that she needs now, permission from her husband.

Masa inilah the right time for me to say, para suami got to do something. Not just letting your wifey makan hati. If isteri makan hati tak apa lagi, ini ibu bapa inlaws yang makan hati macam mana? Tadi you kata family you family isteri juga. Kenapa tak apply those same method bila benda macam ni timbul?

Isteri seakan-akan merajuk. Bila diutarakan kepada suami, agar tinggal lebih lama di kampung halaman, suami berdiam diri. Dan bila diutarakan lagi,

: I nak my husband staying with me. Dekat sini. Teman sementara semua benda selesai.

Dan suami membalas.

: Habis tu, macam mana parents I ni nak balik rumah?

Duhhhh!
Satu soalan untuk suami tersebut.

:Habis tu, ibu bapa isteri you tu bukan ibu bapa you juga?

Dan ini untuk bakar-bakar port.

: Masa parents you sakit, you nak jenguk tiap-tiap hari, isteri you ikut je. And now, when she said, she wants you to be with her. All together to face this bad situation, you cakap how about your parents? You're one such lucky man. Your wife tak demand balik kampung tiap-tiap minggu. As your wife sedar, kampung dia jauh. Kampung you dekat. Give and take boleh? You're married to someone's daughter. Her parents still alive. And that's your parents too. Can you please acted like a good son? Not just only to your parents. Your inlaws too!

You're asking your wifey to follow what you're saying. And now, can you please, make her happy? Bukan tak educated. Bukan tak ada apa-apa. Sent your parents home alone lah. Bas ada. Kereta api ada. Flight pun ada.

Jangan sampai terlupa yang ibu bapa isteri juga ada perasaan.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Subscribe