Like, seriously?

13:24:00

Gua beli air mineral lagi mahal daripada isi minyak kereta seliter la, Bro!

Bising sangat. Sebenarnya, semak sangat mata memandang.

I've tried not to include all the macam-macam puak parti dalam my own space, tapi, manusia-manusia sekeliling, macam.. Duhhhh!

Siap boleh buat statement provoke. Minyak naik? Harga barang naik? So?

Ini bukan kisah nak sebelah sesiapa ye. Ini pandangan sendiri. Sedia maklum my family memang 'Biru'. 'Biru gelap'. Memang tak boleh buat apa dah. Orang kata, 'Once a blackberry/apple users, always will do'. Tapi ada juga yang take the best of the both worlds. As a great businessman. They'll never side to one side actually. If yang sini minta derma, dia hulur. Yang sana minta bantuan, pun dia bagi juga. That's the real businessman. Where, parties and such, itu permainan manusia yang bosan and nak cepat dalam semua benda.

Yang konon terkini terhangat tersensasi, minyak naik again even dah cakap 'minyak tak naik'.

Bila isu minyak keluar, and Pok Mat mesti bagi statement, 'Alhamdulillah'. Lepas tu semua emo-emo. Hahaha. Emosi sungguh. Bulan mengambang kah? And people keep referring to 'Negara Jiran'. So, let me, talk about 'Negara Jiran' too.

Instead of harga minyak Singapore or Thailand, I choose Brunei.

Harga minyak di Brunei adalah $0.53 cents per litre. Ala, 50 sen lah lebih kurang. Okay. Itu currency Brunei. Lepas convert, Dalam RM 1.30 per litre. Isi minyak penuh kereta Santa Fe adalah $30 = RM 70-80. Which is still murah compare than Malaysia as itu adalah SUV and kat Malaysia, isi penuh Wira/City pun dah almost RM 100.

Harga air mineral di Brunei per litre?

Evian sebotol 1.5l = RM 5/$ 2

Itu air Evian. Air mineral local? 70cents-80cents per 1.5litre. Lagi murah daripada minyak kereta kan? Oh. Lupa. Harga Diesel di Brunei adalah $0.30. Sila makan hati sekarang.

Now,
Minyak kereta memang murah kat Brunei,

TAPI,
Minyak masak adalah super duper mahal.
Korang selalu beli minyak masak satu botol besar tu dalam belas-belas RM kan? Brunei jual minyak masak untuk 5kg = $10 (the cheapest). Sila darab dengan 2.4. Yeahh! Itulah harga minyak masak di Brunei.

Korang bising minyak kereta naik? Susah nak pergi kerja, balik kampung and such?

Yeahhh!
Brunei ada satu je mall. Yang saiz kebesarannya adalah kecil sedikit daripada The Mall sebelah PWTC yang dah tak berapa nak glamour selepas KLCC, One Utama, Pavilion, The Curve, Wangsa Walk dan seangkatan dengannya. Belum lagi campur dengan countless of AEON (Jusco).

Gua malas nak taip panjang as semua orang dah besar panjang, yang tinggal, bagi akal tu panjang lagi sikit je. Each countries ada pros and cons. You dapat minyak kereta murah, you've got no where to go every single weekend. Apa yang dekat Malaysia adalah 10 hengget, datang Brunei, harga food and such adalah seperti di Singapore except no tax. Same goes in Dubai, Bahrain and others 'Negara Minyak'. Negara minyak murah ye. They offered minimum costs of fuel with a great quality but then, the environment not like in Malaysia or Singapore. You kata Dubai tu best? Minyak murah? Yeahh. Bertahanlah anda dengan educational fees yang 3 kali ganda mahal daripada international fees di Malaysia. And the hot weather. And ladies, driving? In your dream. Memang la syok ada driver tapi sekali-sekala tekan pedal minyak pun seronok jua.

Orang kata, you cant get everything. Gain some, lose some.

If TAK TAHAN sangat harga minyak/barang naik kat Malaysia, try cari kerja kat negara lain. Try apart from your family. Try hidup tempat orang lain.

Or else,
STOP going to shopping malls. No more Ikea. No more new gadgets. No more new cars. Or any fancy stuff. Go hybrid. Go green.

Sungguh.
Stop it.
Just live and try to make your life better. Apa? If undi yang satu lagi, semua harga barang turun? You'll never knew until they have their dream government. Nak tahu? Try lah undi. Still, akal fikiran itu hak masing-masing.

At the end of the day, money is just a piece of paper. Banyak mana pun yang you ada, akan habis, hilang, ditelan dek cash register. Yang harus di cari, mencari keredhaan Ilahi.

Bersyukur itu wajib mahupun dalam keadaan senang atau susah. Alhamdulillah is such a great word. 

You Might Also Like

4 comments

recent posts

Subscribe