Abah dan puasa

09:32:00

On 2nd day of sahur, I dah malas nak bangun. I mean, masak. First day sahur, fuhh.. Belum 3.15 am dah selamat duk bersilat kat dapur.

Antara masuk dapur awal sebab the kecik merengek. Sejak start puasa, which is, semalam, sampai malam tadi, merengeeeeeeeeekkkkk adalah favvy the kecik. Dah jadi macam baby baru lahir pula. Lepas tu, bangun pagi, suara serak-serak basah. Nak kata demam, kejap panas, kejap sejuk badan budak bertuah tu. Wonder why.. Adakah sebab I berniat nak bawa budak bertuah tu gi cucuk next week?

Dan untuk sahur 2nd day, gua memang bagus. Panaskan mi goreng semalam. And begedil. Tapi the husband cakap macam meatball. Ces. Dengki. Alasan the partner

: Yang, if begedil banyak potato. Yang ni banyak daging. Dah macam meatball Ikea.

Cess.. Dengki No 1 ok. Sekarang siapa tukang masak. Siapa? Siapa?

If Cik Esah tau I buat begedil, mesti banggalah. As that's one of Cik Esah's favourite food. I memang tak telan begedil sebelum ni. Tapi, sebab bulan puasa adalah bulan untuk main masak-masak aka experiment new recipe, kira halal je la rasa apa pun begedil tu. Tapi, sungguh. Sedap. Hehhee..

Looking at our fasting month together as husband and wife, this is the 5th times. Tahun pertama sambut Ramadhan as husband and wife, I tak rajin masak. Masak yang simple. Tu pun if terbangun sahur. Tahun kedua, I dalam pantang. Dah nak habis puasa baru habis pantang. Which my Hari Raya Aidilfitri and Ramadhan was at Besut. So, segala acara masak-masak, adalah hasil air tangan my mak. And also, I tak puasa ye sebulan. Mengganti puasa sebab pantang bersalin adalah satu penyeksaan-tekanan-jiwa-dan-batin. Tahun ketiga, punnnnnn ada several days I 'terbuka' puasa as the kecik still breastfeeding and susu tarak keluar masa puasa. So, marilah kita 'berbuka' puasa.

Tahun ketiga Ramadhan adalah contoh terbaik.
Hehehe.

I masak okey. Masak.
Iftaar ada nasi, lauk 2-3 jenis, dessert. And also starter. Belum lagi air and such. Moreh pun ada. Semua home made ye. Yes. Gua masak. Ok. Ada 2 @ 3 lauk from Kak Emma, tapi kira most of the isi table, adalah hasil tangan den. And masa 3rd Year Ramadhan tu la the 1st time I masak ayam gulai lemak cili padi. Fuhh.. Fuhhh.. Jadi okeh. Jadiiii. Memang terror laa. Belum campur lagi buat kuih tepung pelita. Also, I yang buat. Hehehe. Bangga sikit je. Ohh.. Kuih raya pun I buat tahun tu. Siap ada almond london. Yang jadi pelik tu, 1st time buat, semuaaaa jadi! = D

Tapi Iftaar je la I masak. Sahur, sila panaskan lauk ye sayang. As I more ngulit the kecik at bed. If malas nak keluar bilik, chocolates tepi katil adalah pujaan hati.

Tahun ke-4 Ramadhan. Aksi lauk dan kuih tunjuk-tunjuk lebih menjadi perhatian. Except masa birthday the kecik. Itu I masak. Buat Iftaar kat rumah. Tapi kek beli kat kedai. Sahur pun masak biasa-biasa. To be exact..

: Sayang nak makan? Panaskan lauk semalam ye.

Hehehe.
Nasib baik dapat the husband yang tak banyak songeh.

Tapi tahun ke-5 Ramadhan, first day puasa je I dah semangat nak puasa. Satu lagi sebab tak ada lauk untuk dipanaskan. Hee.. Tu yang kena masak pagi-pagi tu. Siap lepas subuh, I mandi and all. Hu.. Awal sungguh mandi. And managed not-to-sleep after Subuh. Tapi tertidur juga pagi tu. Tapi lepas syuruk dah la.

2nd day, panaskan lauk. Mi yang baru beli one hour before berbuka. And bersungguh-sungguh masak kat dapur. Ending up the kecik tak makan. Cess. Tapi tak apa. The husband and me ada. Oleh itu, marilah kita makan mi goreng.

Lepas je sahur, I terus teman the kecik tidur. Hehehe. Eh.. Tak apa kan tidur sebelum subuh? Kan? Kan? The husband kejutkan I half and hour later for subuh lepas tu, I tengok-tengok, the husband dah tidur. Cesss. Ini orang memang tak baik sungguh. I siap cakap..

: Yangggggg! Tak baik la tidur lepas subuh.

Lepas tu masuk dalam selimut sekali. Hehe. Walhal diri sendiri dah terasa bertenaga dan segar. Siap boelh basuh pinggan mangkuk, basuh baju and kemas rumah, if nak. If nak la. Tapi den tidur. Lepas tu baru bangun. Tu pun sebab nak pergi beli barang.

Kira Ramadhan kali ni, macam 1st time the husband and me sahur sama-sama. Properly. If tak, sebelum ni, you makan, I tidur. Tak pun sama-sama tak sahur. Kali ni siap masak and both of us duduk makan sekali. Which is nice la kan. Dah masuk 5 kali puasa sama, apa barang tak boleh nak sahur sekali, kan?

2nd day pun I dah malas-malas nak masak.
I wonder how my mak can coope with my abah's routine. My abah, 3 bulan sebelum Ramadhan, abah akan puasa penuh. 3 bulan straight. It's been 10 years +-, my abah puasa wayy before Ramadhan. And my mak akan duduk rumah, jarang la nak pergi melawat budak-budak yang baru masuk sekolah tu. As reason my mak..

: Nanti tak ada orang masak untuk abah mung.

Jarang la my abah tak puasa for the 3months. If ada tinggal pun, sehari dua in 10 years. Tu pun sebab pergi Makkah, and my mak bising-bising.

: Musafir kan? Tak payah puasa laaaaa.

So, abah buka juga. Tapi memang jaranggggggg sangat la for my abah to break his fast even it's one long journey trip. One thing about abah, every single raya Aidilfitri, memang jarang abah will be with us for the 1st day of raya. Dah raya kedua or ketiga baru abah balik from Makkah. Oh. Puasa sebulan Ramadhan kat Makkah tiap-tiap tahun, it's like one of my abah's trademark. Lepas tu, balik dari Makkah, satu kereta penuh dengan air zamzam. (abah's nephew living in Makkah). Tu yang tiap tahun ke sana. And lots of air zamzam dosage.

Looking at abah's, I as anak pun rasa malu. Abah boleh puasa senang-senang 3 bulan straight, me, ganti puasa sebab pantang pun, dah mencengkam jiwa.

Dah la tu, birthday abah pun boleh missed. Haihh...
I ingat bila abah's birthday, tapi on that day, I macam lupa that was Abah's birthday. Few days later baru teringat. Same goes with Cik Esah's wedding anniversary and Pok Mat's birthday (on the same date), I ingat itu 20th July, tapi on that day, I macam..

: Ohh.. Hari ni 20 July.

Lepas tu few days later,

: Laaa.. Hari tu kenapalah tak wish Pok Mat and Cik Esahhh!

Anniversary sendiri pun macam tu juga. Sindrom nyanyuk yang memang teruk.

Eh.. Later.
Bon bangun. And cranky.
Ta-ta.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Subscribe