Siapa suka earrings?

07:28:00

I do!

Yes!
Married me!

Haahaaa.. Tiba-tiba..
Tapi apakan daya, I dengan earrings dah berapa kali 'berkahwin' dan juga 'berpisah'. Dah la berpisah secara tak baik pula tu. Cess.. Still, I jatuh chenta with earrings.

I suka sangat tengok earrings. Especially yang design classic. Yang panjang berjuntai-juntai. And diamond earrings will do better = D

Masa kahwin dulu pun I ada pakai the chandelier type earrings. Lepas tu.. Wore them only like.. 6 hours? Terus telinga I merah-merah, bengkak. I buka earrings, the next day, dah macam keluar air sikit dengan tempat kena tindik and tadaaa.. Terus lenyap lubang telinga. Lubang tindik tu la. Terus hilang.

I tindik once for the wedding day. Before tu seingat I, I belum pernah tindik. Tapi my mak said..

: Berapa kali nak tindik nyo? Dulu tindik dah kan?

Ye la kot.. Pernah la tu tindik masa kecil-kecil dulu. Tapi lubang tindik tu tertutup balik. Bila I cakap kat my mak..

: Ehh.. Tertutup balik ah ni tindik ni..

: Telinga cap ayam

Hhahahaa.. Mak memang.. Suka je buat propaganda gitu. Oh. Now I know where the word 'propa' comes from.. Propaganda. Sorry. Slow sikit. He.. Lepas tu my mak cakap lagi.. Masa tu tengah cakap-cakap dengan my mak-mak saudara..

: Tu la. Berapa kali tindik dah. Sama dengan telinga mak dia la. Berapa kali tindik dah, tutup balik.

My mak and the aunties memang suka buat mesyuarat pintu. Depa kata sejukkkk, berangin dekat pintu aka verandah. Lagipun boleh nampak orang lalu lalang. Walhal dalam rumah tu, kipas syiling je dah berlambak. Plug air-cond pun ada. Tapi my abah cakap..

: Abah pasang plug air-cond jah (je). Nak air-cond, pasang sendiri.

Tapiii.. Bilik I, abah yang pasangkan air-cond. I kan anak abah = D

Up till now, telinga I duk bogel-bogel gini. Itu kot one of the reasons why am not so into the accesories. Takut hati terkecewa lagi. Hati ini telah kau lukai. Cewahhh.. I kan ada 4 nieces. Yang the big 2, I suka tengok depa lawa-lawa. Macam-macam earrings they have. Rasa macam masuk beauty store. Yang 2 budak kecil tu (anak Cik Esah), rasa belum tindik kot. Belum la kot..

Eh.. I baru ingattttttt!
Dulu, masa kecil-kecil dulu, kat depan rumah, depan sikit ada dewan daerah. Situ, memang every year kot I masuk yang.. Apa ye they called them.. Haa.. Majlis tindik dan berkhatan. That day (for 2 or 3 years) I'll wearing my princess gown, with hairband and make up. Lepas tu naik atas stage, duduk-duduk, some important people of the district will suap pulut kuning dan garam. For girls, bertindik telinga, and the boys, berkhatan.

Tu je la. Mana ada tindik telingaaa. Ceremony for tindik je. Bukan tindik betul pun.. Ke ada my mak bawa I pergi tindik telinga dulu kecil-kecil? Tak ada ingat la pula. Cik Esah ingat la kot. Cik Esah ada pakai subang. Kot? Entah. Tapi rasa macam ada.. Haa.. Ada. Ada. There's one pair earrings Cik Esah suka pakai. From Perlis (dulu makcik ni sekolah kat Perlis, also Maktab Rendah Sakit Mental) if tak silap. Berlagak seehh Cik Esah, pakai subang cantik. Cesss!

So, any of you ada ada experience wearing earrings? I know, most of my friends and cousins, memang pakai subang. Nampak comel je. Tapi apakan daya, telinga den tebal. What's the meaning of telinga tebal? Tahan from everyone's saying ehh? Ke tak dapat cakap? Tapi I memang dua-dua ada. Tak dengan cakap and bo layan sama orang duk bising-bising.

Especially from Cik Esah. Sebab she's one bebel kakak. Hahahaahaa..

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Subscribe